Terma - terma dan syarat - syarat tempahan (booking) / bayaran pendahuluan.
Bagi memudahkan pelanggan, tarikh tempahan adalah selewat - lewatnya 1 minggu sebelum berlangsungnya majlis. Bagi pelanggan yang terlewat membuat tempahan, pihak kami masih memberi ruang untuk perbincangan dan budi bicara. Walaubagaimanapun surcaj mungkin dikenakan. Ini kerana mengambil kira kos persediaan kelengkapan dan rombakan jadual.
Bagi tempahan Pakej A - Pakej C, bayaran tempahan adalah 50% dari harga keseluruhan pakej, manakala lebihan bayaran adalah selewat-lewatnya pada hari berlangsungnya majlis.
Bagi tempahan Pakej D, E, Bronze, Silver & Gold, bayaran tempahan adalah sebanyak RM 300, manakala lebihan bayaran adalah selewat-lewatnya pada hari berlangsungnya majlis.
Pihak kami mengalu - alukan bayaran secara penuh.