Wednesday, December 28, 2011

The Wedding Of Alias & Miera





11.11.11 Solemnization Alias & Miera





Pakej Fotografi Perkahwinan 2012 kini dibuka...

Harap maklum kepada semua bakal pelanggan kami, pakej Fotografi perkahwinan bagi tahun 2012 telah pun dibuka mulai sekarang. Tempahlah sekarang untuk mengelakkan dari pertembungan tarikh antara sesama pelanggan kami. Pihak kami memohon maaf kerana tidak dapat memuat naik gambar-gambar, posting-posting terbaru oleh kerana kesibukan tugas pada musim cuti sekolah. Dalam masa yang terdekat, InsyaAllah bahan-bahan yang menarik untuk tatapan anda semua akan dipersembahkan. sebarang pertanyaan mengenai pakej 2012 bolehlah dihubungi melalui Khairol - 0194957447, Noorlin - 0194957474, sekian terima kasih...

Thursday, October 20, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Friday, June 17, 2011

Wedding Asri & Ila 05/06/2011

Wedding Siti & Rizal 04/06/2011



Pakej Fotografi Perkahwinan 2011

Kepada pengunjung dan pelanggan yang dihormati, pihak kami telah membuat pelarasan pakej yang lebih efektif supaya dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Antara yang menarik adalah Pakej Custom Album, dimana para pelanggan boleh memilih salah satu dari 3 pakej custom album @ storybook. Manakala Pakej Sticky Album pula, jumlah minimum bagi gambar bersaiz 4R adalah 80 keping dimana pada pakej yang terdahulu berjumlah 40 keping. Begitu juga bagi Pakej Sticky Album D & E, yang mana jumlah gambar bersaiz 4R adalah 240 keping berbanding pakej yang terdahulu hanya 200 keping. Para pelanggan juga diberi peluang untuk menambah jumlah gambar mengikut saiz yg disediakan.

Kepada pelanggan yang telah membuat tempahan mengikut pakej yang terdahulu tidak perlu risau, tuan/puan masih boleh memilih sama ada untuk memilih pakej yang telah ditempah atau memilih pakej yang baru.

Kami juga tidak lagi mengenakan caj pengangkutan bagi negeri - negeri berikut: Pulau Pinang, Perak Utara & Kedah Selatan & Tengah. Manakala bagi kawasan & negeri - negeri yang tidak dinyatakan, caj pengangkutan mengikut budi bicara pihak kami....


Sunday, February 13, 2011

Pakej Fotografi Perkahwinan 2011

Salam 1 Malaysia

Ramai tertanya - tanya kepada kami, kenapa kebanyakan pakej fotografi memerlukan pelanggan membayar pada harga yang tinggi. Tak kiralah pakej perkahwinan, korporat, pertunangan atau majlis - majlis lain. Kadang - kala mencecah ribuan ringgit.

Di sini kami ada jawapan bagi segala kemusykilan para pengunjung dan pelanggan.
Para pengunjung blog Kay & Friends Photography yang dihargai, pertama sekali apa yang menyebabkan kos yang perlu dibayar oleh pelanggan ialah:
1) Labour charge@ upah photographer.
Q: Takkanlah kerja 3-4 jam pun upahnya beratus???
A: Sebagai seorang photographer profesional, apa yang perlu dimiliki oleh seseorang itu adalah teknik, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang tinggi untuk mendalami sesebuah camera DSLR -( bukan boleh main pegang dan snap aje). Disamping itu pendedahan, teori, praktikal dan kursus juga diperlukan oleh seseorang photographer. Harus diingat, sesetengah photographer profesional juga memiliki ijazah, master bahkan PhD. Kursus - kursus yang dihadiri oleh photographer kadang kala mencecah ratusan atau ribuan ringgit bagi sesuatu kursus (sama ada berkenaan camera atau editing software ). Setelah gambar - gambar yang ditangkap pada majlis tersebut kemudiannya melalui proses editing, bukannya akan terus diberi kepada pelanggan. Ini juga menelan kos yang tinggi untuk memiliki sesetengh perisian/software. Untuk menghasilkan gambar yang menepati citarasa pelanggan, kadangkala sekeping gambar mencecah 3-4 jam untuk dihasilkan bergantung kepada kehendak.

2) Perkakasan.
Q: Mahal sangatkah peralatan yang kami gunakan???
A: Jawapannya Ya. DSLR bagi kebanyakan photographer bernilai lebih dari RM 3000. Itu belum termasuk aksesori - aksesori lain seperti lens, speedlight, softbox, reflector, umbrella dan bermacam - macam lagi... Malah ada di antara DSLR profesional yang mencecah puluhan ribu ringgit. Pelanggan pula tidak perlu membayar kos insuran perlindungan bagi harta - harta tersebut, sebaliknya photographer sendiri bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kerosakan semasa dikendalikan pada majlis tersebut.
Adakah semua itu masih mahal???

3) Kualiti
Q: Tak sama ke kualiti gambar DSLR dengan kompak camera???
A: Tidak sama sekali. Walaupun ada di antara kamera kompak yang mahal harganya dan mempunya resolusi yang lbih tinggi dari DSLR, itu tidak bermakna kamera kompak tersebut lebih baik dari DSLR. Sesetengah photographer memerlukan lebih dari 1 lens yang mana setiap lens mempunyai kegunaan-kegunaan yang berlainan seperti wide angle, portrait, makro dll lagi...Jangan sesekali terpengaruh dengan nilai pixel yang ada pada kamera kompak, kerana lens yang digunakan pada kamera kompak tidak sehebat lens kamera DSLR. Ada di antara lens tersebut lebih mahal jika dibandingkan dengan harga kamera DSLR, bergantung pada kegunaan, dan kualiti lens tersebut.

4) Masa/ Tarikh/ Waktu
Q: Sama aje kan dengan hari-hari yang lain
A: Tidak. Jika diteliti kebanyakan pasangan yang mendirikan masjid kebanyakannya memilih hari cuti umum, hujung minggu, dan yang paling ramai adalah pada musim cuti persekolahan. Bagi cuti umm, jika dinilai oleh pekerja swasta, ramai akan berkata "time ni la kilang nak bayar triple pun". Harap maklum, kebanyakan photographer terpaksa mengorbankan masa cuti mereka untuk berkeluarga, beriadah, walhal jika ada kenduri saudara mara sendiri pun terpaksa dielak. Inilah antara masa - masa yang telah mereka korbankan demi memenuhi kehendak orang lain. Jika diteliti, banyak pakej - pakej yang ditawarkan pada musim cuti sekolah adalah lebih mahal dari cuti - cuti biasa. Ini berlaku adalah kerana permintaan yang terlalu tinggi di mana setiap persiapan perlu dilakukan dalam masa yang terhad untuk memenuhi kehendak pelanggan dan penggunaan peralatan juga perlu ditingkatkan.

bersambung....